Muzium dan Balai Pameran Brunei Darussalam

CUTI persekolahan akan bermula minggu depan. Bagi para ibu bapa yang belum berkesempatan untuk memikirkan senarai aktiviti bersama anak-anak di sepanjang percutian itu nanti, berikut adalah cadangan tempat-tempat di dalam negara yang boleh mengisi masa yang terluang.
Kita serlahkan sedikit-sebanyak muzium-muzium dan balai-balai pameran yang boleh dikunjung oleh masyarakat umum sambil membawa si manja bersama.


Muzium Brunei
Terletak lima kilometer dari Bandar Seri Begawan, bangunan Muzium Brunei yang dibina di Kota Batu ini merupakan salah sebuah muzium yang mempunyai seni bina yang terindah di rantau Asia Tenggara.
Di dalam bangunannya yang indah itu terdapat enam galeri.
MUZIUM BRUNEI... Seni bina bangunannya adalah di antara yang
terindah di rantau Asia Tenggara.




Galeri Kesenian Islam mengandungi koleksi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam. Koleksi yang dimaksudkan adalah meliputi keluaran karya seni dari pelbagai wilayah Islam yang berkembang maju di antara tempoh-tempoh awal dan peralihan sejarah Islam hingga ke abad ke-19. Karya-karya seni yang berbentuk artifak merangkumi aspek-aspek keagamaan dan kehidupan harian para umut Islam. Galeri Kesenian Islam dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam sempena hari puja usia baginda yang ke-44 pada 15 Julai 1990.

Galeri Minyak dan Gasmengandungi pameran-pameraninteraktif mengenai sejarah dan perkembangan industri minyak dangas di Negara Brunei Darussalam.Galeri Sejarah Semulajadi mengandungi pameran mengenai hidupan liar dan tumbuhantumbuhan yang terdapat di dalam sempadan Negara Brunei Darussalam.

Galeri Kebudayaan Tradisi Brunei mengandungi pameran-pameranyang berkaitan dengan aspekkehidupan dan adat resam bangsaBrunei.
Galeri Arkeologi dan Sejarah Brunei Darussalam mempamerkansejarah Brunei dari zaman silamhingga ke zaman kemerdekaan pada1 Januari 1984.

Muzium Teknologi Melayu
Terletak berhampiran denganbangunan Muzium Brunei ialahMuzium Teknologi Melayu yangmengandungi tiga galeri.
Galeri Rumah-rumah Tradisi Kampong Ayer yang mempamerkan pelbagai seni bina rumah-rumah yang terdapat di Kampong Ayer.

BALAI Pameran Pusat Da'wah Islamiah adalah terletak di bangunan Pusat Da'wah Islamiah.



Galeri Teknologi Tradisional Kampong Ayer yang mempamerkanseni pertukangan tangan danperusahaan tradisi yang dikendalidi Kampong Ayer. Di antara aspekyang dipamerkan di situ ialah senimembuat perahu, bertukang emas, bertenun, seni perak dan sebagainya.
Galeri Teknologi Tradisional Orang Darat yang mempamerkan teknologi tradisional yang diamalkan oleh kaum Kedayan, Dusun dan Murut.

Bangunan Bubungan Dua Belas
Bangunan Bubungan Dua Belas mencerminkan kesan-kesan sejarah hubungan Negara Brunei Darussalamdengan United Kingdom sejak alaf Ke-19. Bangunan tersebut dibinapada bulan Disember 1906 dan siap dibina pada bulan Julai 1907.

BANGUNAN Bubungan Dua Belas mempamerkan
sejarah hubungan Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom.



Bagi mengiktiraf kepentingan sejarah dan seni binanya, KerajaanNegara Brunei Darussalam danKerajaan United Kingdom telah mengendali projek bersama untuk memulihkan Bangunan Bubungan Dua Belas pada 27 April 1998.
Terdapat lima galeri di situ.

Galeri A: Sejarah dan Perkembangan mempamerkansejarah Bangunan BubunganDua Belas, para penghuninyadan zaman British Residen diNegara Brunei Darussalam. Terdapat gambar-gambar para Pesuruh Jaya Tinggi British yang pernah dilantikmenjadi wakil United Kingdom ke Negara Brunei Darussalam padazaman British Residen dahulu.

PEMANDANGAN dari udara Oil and Gas Discovery Centre yang di miliki oleh Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad.


Galeri B: Lawatan Negara dan Lawatan Diraja mempamerkankeberangkatan-keberangkatan diraja yang diadakan oleh kedua-duanegara yang pernah diadakan pada awal alaf ke-20.
Galeri C: Peta dan Carta yang mempamerkan perkembangan sosioekonomidan politik Negara Brunei Darussalam sejak alaf terdahulu sebelum ini. Pameran-pameran tersebut menunjukkan bagaimana kawasan Negara Brunei Darussalamdimajukan bagi membangunkannegara. Sebahagian besar peta-petayang terdapat di dalam galeri tersebut adalah berasal dari Royal Geographical Society, UnitedKingdom.

Galeri D dan E: Centre for British Teachers, the British Council dan Universiti Brunei Darussalam. Pameran-pameran di kedua-dua galeri tersebut menceritakan sejarah ringkas hubungan Negara Brunei Darussalam dan United Kingdom dari segi pendidikan.

Bangunan Alat Kebesaran Diraja
Bangunan Alat Kebesaran Diraja yang dibuka rasmi pada 30 September 1990 oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam mengandungi pameranpameran yang berkaitan dengan institusi beraja.
Bangunan Alat Kebesaran Diraja mengandungi empat galeri.

BANGUNAN Alat Kebesaran Diraja di Bandar Seri Begawan.

Galeri Alat-alat Kebesaran Diraja (Perpuspaan 1968) mempamerkan alat-alat kebesaran diraja yangdigunakan di Istiadat Perpuspaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada tahun 1968.

Galeri Pameran Diraja yang mempamerkan sejarah kehidupan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu’izzaddin Waddaulah, Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam dari zaman kanak-kanak sehingga ke Isitadat Perpuspaan.
Galeri Jubli Perak mempamerkan Sambutan Jubli Perak Baginda Menaiki Takhta.
Galeri Sejarah Perlembagaan mempamerkan sejarah seperti Pengisytiharan Perlembagaan 1959, Perjanjian 1971, Perjanjian 1979, Pengisytiharan Kemerdekaan pada 1 Januari 1984 dan struktur kerajaan sejak merdeka.

Taman Warisan Tasek Merimbun
Tasek Merimbun yang terletak di Daerah Tutong adalah merujuk padadua tasik berair hitam yang terbesar di dunia. Tasik pertama mempunyai keluasan 100 hektar dan tasik kedua berkeluasan 120 hektar.
Dan keluasan kawasan yang mengelilingi Taman Warisan Tasek Merimbun itu pula adalah 7,800 hektar.
Taman Warisan Tasek Merimbun mempunyai tiga kemudahan untuk kunjungan masyarakat umum.

PEMANDANGAN dari udara kemudahan-kemudahan yang terdapat di kawasan 
Taman Warisan Tasek Merimbun seperti Balai Purun dan Balai Pameran Khas.


Balai Purun yang terletak di atas bukit adalah bangunan yangmembolehkan para pengunjung melihat pemandangan kawasan taman tersebut secara keseluruhan.
Denai Semula Jadi untuk kegunaan para peminat bersukan.
Balai Pameran Khas yang mempamerkan sejarah semula jadi kawasan Taman Warisan Tasek Merimbun.

Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah
Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang dibuka rasmi oleh Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam pada 18 Ogos 2001 adalah terletak di Darulifta Brunei Darussalam.
Darulifta Brunei Darussalam adalah ibu pejabat Jabatan Mufti Kerjaaan.
Balai Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah yang terletak di aras bawah dan aras pertamablok Perpustakaan Islam Brunei Darussalam mengandungi empat balai pameran.

BALAI Pameran Islam Sultan Haji Hassanal Bolkiah terletak di Darulifta Brunei Darussalam.


Di aras bawah terdapat Balai Pameran Mushaf (Al-Quran) yang mempamerkan lebih 300 naskhah Al-Quran dan manuskrip Al-Quran; dan Balai Pameran Berkala.
Di aras pertama terdapat Balai Pameran Tasbih dan Tongkat yang mempamerkan lebih 200 batang tongkat dan 60 utas tasbih; dan Balai Pameran Manuskrip Melayu, Arab, Parsi dan Urdu yang mempamerkan lebih 700 naskhah manuskrip Islam.
Di samping itu, terdapat juga beberapa lagi balai pameran yang dimiliki oleh beberapa agensi kerajaan seperti Galeri Matawang Brunei Darussalam yang terletak di bangunan Kementerian Kewangan.

Manakala Pusat Da'wah Islamiah juga mempunyai Balai Pamerannya sendiri.
Berikut adalah senarai ringkas galeri-galeri yang lain.
a. Muzium Perhutanan
b. Muzium Angkatan Bersenjata Diraja Brunei
c. Galeri Jabatan Bomba dan Penyelamat
d. Galeri Setem
e. Muzium Polis
f. Galeri Jabatan Penjara
g. Oil and Gas Discovery Centre yang dimiliki oleh Brunei Shell Petroleum Company Sendirian Berhad.
Justeru, bagi ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk memikirkan apakah yang hendak dibuat bersama anak-anak semasa cuti sekolah ini nanti, keterangan ringkas di atas boleh dijadikan panduan mudah.


:: tulisan ini adalah kutipan dari artikel berjudul "Muzium-muzium dan balai-balai pameran untuk kunjungan umum di musim cuti persekolahan" oleh Pelita Brunei

















Reaksi:

3 komentar: