TKI Kabur dari Majikan di Brunei Darussalam



BANDAR SERI BEGAWAN, 10 Mac – Pasukan Polis Diraja Brunei memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang pekerja warganegara asing yang dilaporkan lari dari majikan dan sehingga kini masih lagi belum pulang.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, laporan mengenai seorang perempuan warganegara Indonesia, Eda Sukmawati berusia 22 tahun dengan pasport bernombor A5816299 itu telah dibuat di Balai Polis Muara pada 4 Februari lalu. Sehubungan dengan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai perempuan berkenaan boleh menghubungi Pegawai Menguasa Balai Polis Muara di talian 2772253 dan hotline 933 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, polis juga memohon kerjasama orang ramai untuk mengesan seorang lelaki warganegara Bangladesh, Abdul Kaium dengan pasport no, AA 9768172 yang dilaporkan lari dari majikan sejak 17 Januari lalu. Laporan mengenai kehilangannya telah dibuat di Balai Polis Sengkurong pada 27 Januari lalu.

Sehubungan itu, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai lelaki berkenaan boleh menghubungi Pegawai Jenayah Daerah Polis Brunei di talian 2242334 sambungan 132,148,142 dan hotline 933 atau mana-mana balai polis yang berdekatan.
Reaksi:

0 komentar: