Warga FILIPINA Masuk ISLAM

JALAN MUARA, Jumaat, 3 April , seorang wanita berbangsa Filipina, hari ini memilih Islam sebagai pegangan hidupnya dengan melafazkan dua kalimah syahadah di hadapan Pegawai dari Unit Pengislaman, Pusat Da’wah Islamiah (PDI) Negara Brunei Darussalam.


Tradisi tabur bunga rampai dan Dikir Marhaban

Majlis Pengislaman Abigail Da Jose Tecson (29), yang kini dikenali sebagai Dayang Rabi’atul Batrisya Tecson binti Abdullah berlangsung di kediaman Syed Haji Abu Bakar bin Syed Othman di Kampung Sungai Orok, Salambigar.
Acara turut diserikan dengan bacaan Dikir Marhaban dan menabur bunga rampai kepada Dayang Rabi’atul Batrisya Tecson oleh para tetamu yang hadir dan diakhiri dengan Doa Selamat bagi memberkati majlis.

Menurut catatan PDI, jumlah keramaian saudara baharu yang memeluk agama Islam seluruh negara dari bulan Januari hingga Februari 2015 ialah 67 orang yang mana 36 daripadanya adalah dari Daerah Brunei dan Muara, sedangkan berdasarkan catatan keramain masuk islam seluruh negara dari Januari hingga desember 2014 ialah 585 orang.

Reaksi:

0 komentar: