Majlis Bertahlil di Kubah Makam Diraja Brunei Darussalam


Gambar : Papan Nama Kubah Makam Diraja Brunei

Gambar : Suasana Majlis Bertahlil


Pada 30 April 2015, bersamaan dengan 11 rejab 1436 Hijriah, telah berlangsung Majlis bertahlil di Kubah Makam Diraja bagi al-Marhum Sultan Haji Omar `Ali Saifuddein dan al-Marhumah Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit Sempena menyambut ulang tahun radio Brunei yang ke 58 tahun.

Hadir bagi mengetuai rombongan pada hari tersebut ialah Pegawai Pentadbir kanan, Jabatan Radio Televisyen Brunei, Pengiran Haji Md Sharifuddin Pengiran Haji Alli. Juga hadir pada hari itu ialah pemangku Ketua Seksyen Radio, Pengiran Haji Ahmad bin Pengiran Haji Mahmud serta Pemangku Timbalan Ketua Seksyen Radio, Awang Haji Hasnan bin Haji Suhaili. Turut hadir juga pada pagi itu kakitangan-kakitangan dan kru-kru teknikal dari Seksyen Radio.

Majlis bertahlil ini adalah salah satu acara bagi menyambut ulang tahun radio Brunei yang ke 58 tahun. Sambutan ini akan berterusan lagi pada bulan-bulan lain termasuk di bulan Ramdhan nanti.



Reaksi:

0 komentar: