Pertandingan Akhir Nasyid Brunei Darusssalam

Salah Satu penampilan Grup Nasyid dalam pertandingan akhir


Pertandingan Akhir Nasyid Brunei Darussalam 1436 H / 2015 M telah berlangsung dipertandingkan di Dewan Raya RTB, Bandar Seri Begawan pada hari sabtu, 6 June 2015.

Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyempurnakan majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang ialah Setiausaha Tetap [Media dan Kabinet] di Jabatan Perdana Menteri [JPM], Awang Haji Mohn Rozan bin Dato Paduka Haji Mohd Yunos.

Kumpulan Az Zahraa saat menerima Hadiah berupa wang Tunai


Kumpulan Az Zahraa muncul sebagai Johan pertandingan Nasyid 2015 dan menerima hadiah wang Tunai B$2000 beserta piala rebutan, piala iringan, sijil penyertaan dan baucer sumbangan Makanan Arab Gwad Basha Sendirian Berhad.

Kumpulan Ar Roja saat menerima Piala Iringan

Naib Johan disandang oleh Kumpulan Ar Roja dan menerima hadiah wang tunai B$1500 beserta piala iringan, sijil penyertaan dan baucer sumbangan restoran Makanan Arab Gwad Basha Sendirian Berhad.

Kumpulan An Najihun saat menerima Piala Iringan

sedangkan untuk Pemenang ke tiga diperoleh Kumpulan An Najihun dan berhak menerima wang tunai B$1000 beserta piala iringan, sijil penyertaan  dan baucer sumbangan restoran makanan arab - Gwasha Sendirian Berhad.


dalam pertandingan itu, turut juga diumumkan kategori persembahan lagu terbaik yang diperolehi Kumpulan Az Zahraa sedangkan kategori suara utama terbaik turut diberikan kepada kumpulan Ar Roja.

sebanyak delapan grup bertanding sengit dalam final peringkat akhir ini yang mewakili beberapa kumpulan dan persatuan.


Pertandingan Nasyid 2015 kali ketiga anjuran RTB bertujuan sebagai wadah pembentukan sahsiah yang lebih mantap dan terarah sejajar dengan gagasan Kerajaan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di Pertuan Negara Brunei Darussalam untuk meneraju negara ini menjadi sebuah ‘Negara Zikir’ berlandasakan calak ‘Melayu Islam Beraja’ sebagai teras kehidupan beragama, berngsa dan bernegara.

dan berikut adalah video penampilan Nasyid dari kumpulan Az Zahraa yang berhasil meraih peringkat Johan.

VIDEO panampilan Kumpulan Az Zahraa [Nasyid Terbaik Brunei 2015]

Reaksi:

0 komentar: