Ramadhan, Rakyat Brunei Diarahkan Hanya Bekerja 6 Jam

Surat keliling Jabatan Perdana Menteri Bil:7/2015


Rakyat Brunei Diarah Bekerja Hanya 6 Jam Sepanjang Ramadhan
Sempena bulan Ramadhan tahun ini, Sultan Brunei, Duli Yang Maha Mulia Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah, menitahkah rakyatnya untuk bekerja selama 6 jam sahaja setiap hari.
Perkara tersebut diberitahu melalui Surat Keliling Jabatan Perdana Menteri Bil:7/2015 Negara Brunei Darussalam.
Bagi mereka yang bekerja di Kementerian dan Jabatan Kerajaan, waktu bekerja pada hari Isnin sehingga Khamis adalah pada pukul 8 pagi hingga 2 petang. Manakala, pada hari Jumaat pula adalah dari pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Sementara bagi pekerja yang bergaji hari pula, masa bekerja hendaklah dikurangkan selama satu jam dari waktu bekerja biasa.
Bagi mereka yang bekerja di Kementerian dan Jabatan Kerajaan, waktu bekerja pada hari Isnin sehingga Khamis adalah pada pukul 8 pagi hingga 2 petang. Manakala, pada hari Jumaat pula adalah dari pukul 8 pagi hingga 11.30 pagi.
Reaksi:

0 komentar: